Kembali kepada cara hidup ISLAM... sistem ISLAM...
kembali kepada ALLAH...
Insaflah, yang kita sedang diuji ALLAH.
Air di empangan semakin berkurang,,,
3 April Malaysia dilanda jerebu dan terbaru kehilangan MH370...
Berpuluh-puluh kapal dan aircraft cari pon tak jumpa.
ALLAH nak ajar manusia bahawa ilmu kita ini sangat sedikit berbanding ilmu ALLAH. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tidak mampu untuk menulis kalimah ALLAH... apatah lagi ilmuNYA. Dia bacakan ayat al-Quran,,, jangan makan dan minum yang haram... maka kalau kita langgar,,, mengundang kemurkaan ALLAH lalu ALLAH turunkan bala.
Apa yang berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan dunia. ALLAH malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata Malaysia biarkan syirik berleluasa. ALLAH turunkan bala kepada negara kita dengan peristiwa begini... Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati, malah melihat dengan mata kasar. Maka hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. ALLAH ingatkan kita... kembali padaNYA, pohon maaf dan insaf. Bila dah 3 4 hari tak jumpa, baru nak ingat ALLAH... baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati.. terus baca 'inalillahi wainna ilaihi rajiun' sewaktu awal-awal peristiwa berlaku. Dr Harun Din, ikut pengalaman dia cuma Saudi Airline dan Brunei yang baca doa sebelum memulakan perjalanan. Kenapa kita tidak berserah kepada ALLAH dalam setiap perjalanan?? Di Malaysia ni, ramai orang Islam percaya perkara khurafat, bomoh,, dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pon tiada orang Islam yang menghalang.. Hingga satu Malaysia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita.. lihat dengan mata hati... itu penghinaan ALLAH pada kita..
No comments:
Post a Comment