Wednesday, March 26, 2014

Halatuju >>> Asasi?? Matrikulasi?? Diploma?? Tingkatan 6??

Mana Halatuju aku nih???

hah... bagi lepasan SPM terutamanya mesti pening kepala kan nak buat pilihan.
Right now, Miss A just want to tell about the cons and pros between that programs.



['Asasi']
Program Asasi ini mengambil masa selama 1 tahun. Asasi ini juga dibawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kelebihan :
  1. Ditawarkan dibanyak Universiti di seluruh Malaysia.
  2. Mengambil masa hanya setahun dan lepas tu bolehlah sambung degree
  3. Jumlah bayaran (yuran pengajian dan penginapan) yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan.
  4. Para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku satu semester
  5. Pelajar asasi lebih diberikan keutamaan untuk menyambung degree di universiti yang sama. *tak payah nak pindah-pindah. stay jea dekat situ

Kekurangan :
  1. Susah untuk mendapat tempat. *hanya orang yang tertentu jea boleh dapat. Maksudnya mereka yang pandai tu lah
  2. Sijil Asasi tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kerja.
  3. Jika pointer rendah,  susah untuk mendapat program atau kursus degree yang diingini.
  4. Tempoh belajar yang singkat,  memerlukan komitmen dan kerajinan yang sangat tinggi.



['Matrikulasi']
Program matrikulasi pula dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara pilihan jurusan di matrikulasi ialah jurusan sains, perakaunan dan teknikal.

Bagi jurusan sains, terdapat 3 modul.
Modul 1 : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik
Modul 2 : Fizik, Kimia, Sains Komputer, Matematik
Modul 3 : Biologi, Kimia, Sains Komputer, Matematik

Bagi jurusan perakaunan : 
matapelajaran teras ialah Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan

Bagi jurusan teknikal :
matapelajaran teras ialah Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik / Elektronik.

Matrikulasi ada PST (Program Matrikulasi Satu Tahun) dan PDT (Program Matrikulasi Dua Tahun)
PST adalah bagi pelajar yang mengambil jurusan sains, perakaunan dan teknikal
PDT adalah bagi pelajar yang mengambil jurusan sains. Untuk mereka yang mempunyai keputusan kurang baik tetapi masih ingin memasuki Matrikulasi. PDT juga hanya untuk Bumiputera sahaja.

Kelebihan :
  1. Mengambil masa hanya setahun / dua tahun dan boleh terus mnyambung degree.
  2. Sesuai kepada mereka yang masih belum mengetahui kos apa yang ingin diambil.


Kekurangan :
  1. Sijil Matrrikulasi tidak boleh digunakan untuk mencari kerja.
  2. Jika pointer rendah, susah untuk meneruskan program atau kursus yang diigini di peringkat degree kelak.
  3. Tempoh belajar yang sangat singkat, memerlukan komitmen dan kerajinan yang sangat tinggi.
  4. Harus bersaing dengan lepasan STPM, Asasi dan Diploma untuk mendapatkan tempat di Universiti untuk meneruskan pelajaran dalam degree.



['Diploma']
Program diploma mengambil masa selama 3 tahun. *mengikut kursus yang diambil
Diploma terbuka kepada semua aliran. Terdapat banyak pilihan kos dalam program diploma. *search sendiri lah yea

Kelebihan :
  1. Sijil diploma boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. *Lulusan diploma boleh terus bekerja atau menyambung pelajaran ke peringkat degree
  2. Beberapa universiti yang menyerap terus lulusan diploma ke peringkat degree jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
  3. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi.
  4. Banyak minor course. *Maksudnya lebih banyak yang dapat dipelajari. Contohnya akan belajar bahasa Mandarin. Ikut IPTA / IPTS yang berkenaan
  5. Lebih selesa untuk belajar sebab tempoh belajar yang akan lama dan kurang stress.


Kekurangan :
  1. Tempoh masa yang diambil agak lama iaitu 3 tahun.
  2. Tidak ada elaun. *Boleh pinjam PTPTN. Tapi Miss A tak pinjam pon PTPTN.



['Tingkatan 6']
Tingkatan 6 mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat banyak sekolah yang menawarkan Tingkatan 6.

Kebaikan :
  1. Tempoh masa yang singkat, iaitu t tahun setengah.
  2. Diiktiraf bagi kemasukan ke universiti seluruh Malysia.
  3. Menggunakan sistem semester dan modul. *seperti di universiti. memudahkan pelajar

Keburukan :
  1. Suasana pembelajaran di sekolah.

Pilihan Anda???
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment