Wednesday, March 26, 2014

Halatuju >>> Asasi?? Matrikulasi?? Diploma?? Tingkatan 6??

Mana Halatuju aku nih???

hah... bagi lepasan SPM terutamanya mesti pening kepala kan nak buat pilihan.
Right now, Miss A just want to tell about the cons and pros between that programs.



['Asasi']
Program Asasi ini mengambil masa selama 1 tahun. Asasi ini juga dibawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kelebihan :
  1. Ditawarkan dibanyak Universiti di seluruh Malaysia.
  2. Mengambil masa hanya setahun dan lepas tu bolehlah sambung degree
  3. Jumlah bayaran (yuran pengajian dan penginapan) yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan.
  4. Para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku satu semester
  5. Pelajar asasi lebih diberikan keutamaan untuk menyambung degree di universiti yang sama. *tak payah nak pindah-pindah. stay jea dekat situ

Kekurangan :
  1. Susah untuk mendapat tempat. *hanya orang yang tertentu jea boleh dapat. Maksudnya mereka yang pandai tu lah
  2. Sijil Asasi tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kerja.
  3. Jika pointer rendah,  susah untuk mendapat program atau kursus degree yang diingini.
  4. Tempoh belajar yang singkat,  memerlukan komitmen dan kerajinan yang sangat tinggi.



['Matrikulasi']
Program matrikulasi pula dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara pilihan jurusan di matrikulasi ialah jurusan sains, perakaunan dan teknikal.

Bagi jurusan sains, terdapat 3 modul.
Modul 1 : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik
Modul 2 : Fizik, Kimia, Sains Komputer, Matematik
Modul 3 : Biologi, Kimia, Sains Komputer, Matematik

Bagi jurusan perakaunan : 
matapelajaran teras ialah Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan

Bagi jurusan teknikal :
matapelajaran teras ialah Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam / Mekanikal / Elektrik / Elektronik.

Matrikulasi ada PST (Program Matrikulasi Satu Tahun) dan PDT (Program Matrikulasi Dua Tahun)
PST adalah bagi pelajar yang mengambil jurusan sains, perakaunan dan teknikal
PDT adalah bagi pelajar yang mengambil jurusan sains. Untuk mereka yang mempunyai keputusan kurang baik tetapi masih ingin memasuki Matrikulasi. PDT juga hanya untuk Bumiputera sahaja.

Kelebihan :
  1. Mengambil masa hanya setahun / dua tahun dan boleh terus mnyambung degree.
  2. Sesuai kepada mereka yang masih belum mengetahui kos apa yang ingin diambil.


Kekurangan :
  1. Sijil Matrrikulasi tidak boleh digunakan untuk mencari kerja.
  2. Jika pointer rendah, susah untuk meneruskan program atau kursus yang diigini di peringkat degree kelak.
  3. Tempoh belajar yang sangat singkat, memerlukan komitmen dan kerajinan yang sangat tinggi.
  4. Harus bersaing dengan lepasan STPM, Asasi dan Diploma untuk mendapatkan tempat di Universiti untuk meneruskan pelajaran dalam degree.



['Diploma']
Program diploma mengambil masa selama 3 tahun. *mengikut kursus yang diambil
Diploma terbuka kepada semua aliran. Terdapat banyak pilihan kos dalam program diploma. *search sendiri lah yea

Kelebihan :
  1. Sijil diploma boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. *Lulusan diploma boleh terus bekerja atau menyambung pelajaran ke peringkat degree
  2. Beberapa universiti yang menyerap terus lulusan diploma ke peringkat degree jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
  3. Lebih praktikal dari Asasi dan Matrikulasi.
  4. Banyak minor course. *Maksudnya lebih banyak yang dapat dipelajari. Contohnya akan belajar bahasa Mandarin. Ikut IPTA / IPTS yang berkenaan
  5. Lebih selesa untuk belajar sebab tempoh belajar yang akan lama dan kurang stress.


Kekurangan :
  1. Tempoh masa yang diambil agak lama iaitu 3 tahun.
  2. Tidak ada elaun. *Boleh pinjam PTPTN. Tapi Miss A tak pinjam pon PTPTN.



['Tingkatan 6']
Tingkatan 6 mengambil masa selama 1 tahun setengah. Terdapat banyak sekolah yang menawarkan Tingkatan 6.

Kebaikan :
  1. Tempoh masa yang singkat, iaitu t tahun setengah.
  2. Diiktiraf bagi kemasukan ke universiti seluruh Malysia.
  3. Menggunakan sistem semester dan modul. *seperti di universiti. memudahkan pelajar

Keburukan :
  1. Suasana pembelajaran di sekolah.

Pilihan Anda???
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.

Just be what u want to be... But don't take a wrong step


You can be the greatest
You can be the best
You can go the distance
You can run the mile
You can be the hero
You can get the gold
Breaking all the records they thought never could be broke
How are you ever gonna know if you never even try??

Be a champion
Be a champion
Be a champion
Be a champion

Do it for your name
Cause there's gonna be a day...
And the world's gonna know your name

# Hall Of Fame #
Whatever you are doing, love yourself for doing it.
Whatever you are feeling, love yourself for feeling it.

Friday, March 21, 2014

Sistem Semakan Syarat Kelayakan SPM...



Sistem ini, boleh membantu adik-adik untuk menentukan kos yang sesuai dengan keputusan SPM. Nanti tak adalah kita nak mohon kos engineering, tapi tak cukup syarat kelayakan. Apabila tak cukup syarat kelayakan, maka tidak dapatlah kos tersebut. Tak ke membazir masa , tenaga dan segalanya lah kan?? Tapi sistem ni khas untuk mereka yang nak masuk ke UiTM tau... Eleh... yang lain-lain tu pon boleh jea. Takat nak tengok mana yang sesuai dengan result kita jea. Tak da hal lah.

Nampaknya laluan untuk kalangan anda yang hantar permohonan UPU 2014 menjadi lebih mudah di mana anda mampu membuat pilihan jurusan mana yang terbaik, universiti mana yang terbaik buat anda yang daripada lepasan SPM, lepasan STPM mahupun lepasan Matrikulasi KPM melalui semakan syarat kelayakan UPU untuk Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

hehehe...
hope ianya dapat membantu uolls...

Tak rugi pon kalau kita try...

Thursday, March 20, 2014

SPM... oh... SPM...

Kepada pelajar yang berjaya diucapkan tahniah dan kepada mereka yang kurang berjaya... 
jangan putus asa.
Perjuangan anda semua tidak berhenti disini.

So...
tak kira apa keputusan SPM kita,
Kita dah buat yang Terbaik tapi ALLAH lebih tahu apa yang Terbaik buat diri kita.

Dah fikirkan kemana arah tujuan anda semua???

 

???

ataupun hanya,


Tepuk dada tanya iman...


mungkin link dibawah dapat membantu anda???

"Sistem Semakan Syarat Keputusan SPM"




Saturday, March 15, 2014

Insaflah wahai manusia... ambil iktibar dengan apa yang telah terjadi

Antara intipati kuliah Tuan Guru Dr Harun Din, masjid Bukit Jelutong Shah Alam, Jumaat 14 Mac 2014

Kembali kepada cara hidup ISLAM... sistem ISLAM... 
kembali kepada ALLAH...
Insaflah, yang kita sedang diuji ALLAH.
Air di empangan semakin berkurang,,,
3 April Malaysia dilanda jerebu dan terbaru kehilangan MH370...
Berpuluh-puluh kapal dan aircraft cari pon tak jumpa.

ALLAH nak ajar manusia bahawa ilmu kita ini sangat sedikit berbanding ilmu ALLAH. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tidak mampu untuk menulis kalimah ALLAH... apatah lagi ilmuNYA. Dia bacakan ayat al-Quran,,, jangan makan dan minum yang haram... maka kalau kita langgar,,, mengundang kemurkaan ALLAH lalu ALLAH turunkan bala.

Apa yang berlaku MH370 jadikan Malaysia tumpuan dunia. ALLAH malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata Malaysia biarkan syirik berleluasa. ALLAH turunkan bala kepada negara kita dengan peristiwa begini... Majoriti manusia tidak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati, malah melihat dengan mata kasar. Maka hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. ALLAH ingatkan kita... kembali padaNYA, pohon maaf dan insaf. Bila dah 3 4 hari tak jumpa, baru nak ingat ALLAH... baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati.. terus baca 'inalillahi wainna ilaihi rajiun' sewaktu awal-awal peristiwa berlaku. Dr Harun Din, ikut pengalaman dia cuma Saudi Airline dan Brunei yang baca doa sebelum memulakan perjalanan. Kenapa kita tidak berserah kepada ALLAH dalam setiap perjalanan?? Di Malaysia ni, ramai orang Islam percaya perkara khurafat, bomoh,, dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pon tiada orang Islam yang menghalang.. Hingga satu Malaysia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita.. lihat dengan mata hati... itu penghinaan ALLAH pada kita..


Thursday, March 13, 2014

Being Dutiful to your Parents


ALLAH has commanded us to treat our parents well, and He has linked this to the command to worship Him and the prohibition of associating anything in worship with Him.

ALLAH says (interpretation of the meaning):
"Worship none but ALLAH (Alone) and be dutiful and good to parents..." (al-Baqarah 2:83)

Ibn Abbas said : "The means treating them with respect and kindness, and lowering the wing of humility to them, not answering them harshly or glaring at them, not raising one's voice to them, but being as humble towards them as a slave towards his master."





Being kind and dutiful to patents means to obey one's parents, show them love and respect and help them with whatever means available such as exerting effort or spending money. It also means talking to them in the most polite and grateful manner, listening to them when they talk and never show dissatisfaction or resentment towards them.

Indeed ISLAM advocates us to be kind and dutiful to our parents and deal with them in the best manner.