Thursday, December 27, 2012

Perbezaan Sekolah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik

Annyonghaseyo...

Hari ini Miss A nak kongsikan dengan anda semua maklumat baru tentang pendidikan Malaysia pada hari ini.

>
>
>

Bermula tahun 2013,  kesemua Sekolah Menengah Vokasional akan dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional.  Sebagai permulaan, 15 sekolah menengah vokasional telah dipilih untuk menjadi program rintis  pada tahun 2012.  Pelajar  di Kolej Vokasional akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik.


Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran
Kolej Vokasional.
  • Pengajian selama 4 tahun (  8 semester )
  • Guna sistem semester.
  •  Menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia ( DVM)
 Bidang Teknikal.
  • Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
Bidang Vokasional.
  •  Pengajian selama 2 tahun. (Ambil SPM)
Latihan Kemahiran.
  • Pengajian selama 2 tahun
  • Ambil SPM (6 teras) atau SPAK(1+3)
  • Mendapat SKM (tahap 1 hingga tahap 2) atau multi skill (tahap 1)
Dalam 4 Katagori sekolah, semua pilihan sekolah ada salah  satu Kolej Vokasional, Teknik, Vokasional dan Kemahiran.
  •  Kolej Vokasional akan menawarkan kursus Kolej Vokasional sahaja.
  • Sekolah Menengah Teknik akan menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja.
Kelayakan memohon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Bidang Vokasioanl dan latihan Kemahiran.
  • Bagi kemasukan ke Kolej Vokasional, bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran permohonan dan tawaran menggunakan keputusan PMR percubaan.
  • Bagi kemasukan ke Bidang Teknikal, permohonan menggunakan PMR percubaan manakala tawaran dibuat berdasarkan kepada PMR sebenar (Lembaga PeperiksaanMalaysia). 
>>> Sijil Kemahiran Kolej Vokasional diiktiraf oleh MQA dan JPA.
Stay with Miss A...
And Miss A will give you more

8 comments:

  1. Salam, nk tanya yang bidang vokasional ada di kolej vokasional atau sekolah menengah teknik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua2. jika sekolah teknik, ada tawarkan juga bidang teknikal dan bidang vokasional. Berbanding kolej vokasional hnya mnwarkan 100% bidang vokasional,

      Delete
  2. Assalam . saya nk tnya la . lpas tamat pengajian di vokay atau teknik , adakah pelajar pelajar tersebut boleh apply ke ipta/ipts atau trus bekerja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sambung ke peringkat seterusnya.

      Delete
    2. Dengan menggunakan result dr vokasional itu sahaja ke

      Delete
  3. asalam.sya nk tnya apa beza bidang vokasional dngn bidang teknikal?

    ReplyDelete
  4. Sekiranya utk sambung belajar selepas kolej vokasional, perlukah student ambil exam spm

    ReplyDelete
  5. Hello, what are the instrumental music that u insert in yr blog? Those music are quite nice and relaxing, can u share the name of the music?

    ReplyDelete