Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua...
[09052014]
[09052014]
"Al-Fatihah, Surah biasa yang Luar Biasa"
Sehari 17 kali membaca aurah al-Fatihah dalam setiap rakaat solat fardu. Bilangan ini tidak termasuk dalam solat sunat.
Rasulullah bersabda : " Tidak sah solat bagi orang yang tidak membaca Fatihatul Kitab" (Riwayat Muslim)
Surah ini merupakan cahaya yang diberikan khusus kepada Rasulullah dan tidak diberikan kepada nabi-nabi sebelum Baginda.
Mari teliti kelebihan dan istimewa surah ini ::
Amru bin Marzuk berkata: " Aku pernah bersolat di masjid. Kemudian Rasulullah memanggil tetapi aku tidak menyahut sehingga aku selesai bersolat. Selepas itu aku datang kepada Baginda. 'Apa yang menghalang kamu datang kepadaku?'
Aku menjawab, 'Wahai Rasulullah, aku bersolat tadi'
Nabi bersabda: ' Bukankah Allah berfirman : 'Wahai orang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila Baginda menyerumu' (Al-Anfal 8:24)
Kemudian Nabi bersabda : 'Aku akan ajarkan kamu satu surah paling agung dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid ini.'
Nabi memegang tanganku. Ketika hendak keluar dari masjid, aku berkata : 'Wahai Rasulullah, tadi engkau berkata akan mengajari aku surah paling aung dalam al-Quran.'
Nabi menjawab:
'Benar iaitu alhamdulillahi rabbil'alamin. Ia adalah al-Sab'al-Mathani dan al-Quran al-'Azim yang diturunkan kepadaku.'" (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)
Sab'al-Mathani - tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dalam solat.
al-Quran al-'Azim - surah yang teragung yang dikurniakan kepada Baginda.

No comments:
Post a Comment