- Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
- Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat
- Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
- Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan siapa-siapa berkehendak kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu.
- Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
- Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
- Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
- Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya.
- Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.
- Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
Ya Allah, bukalah jiwaku ini kepada perkara-perkara yang baik-baik sahaja.. Amin..
No comments:
Post a Comment