Recently Miss A have read an article in the newspaper,
so...
Miss A want to share it with all of you.
>
>
>
Sejak sebelum zaman kebangkitan era teknologi dunia Barat,
para saintis Islam adalah pelapor dalam dunia reka cipta.
Kebanyakan ciptaan terkenal tersebut sudah mencecah ribuan tahun namun tanpa kita semua sedar ia masih tetap digunakan pada era moden ini.
10 reka cipta yang dihasilkan daripada saintis Islam terdahulu >>>
1. KOPI >> Seorang pengembala kambing, Khalid di wilayah Kaffa di selatan Habsyah mendapati
kambing-kambingnya menjadi bertenaga selepas memakan buah kopi. Khalid merebus biji-
biji kopi untuk menghasilkan kopi pertama di dunia. Minuman tersebut telah dieksport ke
Makkah dan Turki pada akhir abad 15. Kopi Arab di bawa masuk ke London oleh pedagang
Turki pada 1650. Minuman kopi dikenali dengan pelbagai jenama di seluruh dunia pada masa
kini.
2. KAMERA LUBANG JARUM >> Orang Yunani kuna menganggap mata manusia boleh memancarkan
cahaya seperti laser yang membolehkan kita melihat. Individu pertama
yang menyedari cahaya memasuki ke dalam mata adalah ahli
matematik, astronomi dan fizik Islam pada abad 10. Ibn al-Haitham
mencipta kamera lubang jarum pertama yang dikenali "Obscura"
(dalam bahasa Arabdigelar qamara yang bermaksud bilik gelap) iaitu
selepas memerhatikan cahaya menembusi lubang tingkap. Hasil
kajiannya mendapati lebih kecil lubang pada kamera, lebih jelas
gambar yang dihasilkan.
3. CATUR >> Dipercayai direka oleh orang Islam di India yang dikanali sebagai "Chaturanga" )dalam
bahasa Sanskrit bermaksud mempunyai 4 kaki, merujuk kepada 4 peringkat bahagian
tentera India kuno. Dalam permainan catur moden, pemain perlu melindungi Raja mereka
tetapi 'Chaturanga" adalah sebaliknya. Bentuk permainan catur moden masih mengekalkan
konsep yang sama.
4. PAYUNG TERJUN >> Sebelum adik beradik Wright mencipta kapal terbang, seorang penyajak, ahli
astronomi dan jurutera bernama Abbas Ibn Firnas sudah melakukan usaha
membina mesin terbang. Beliau pernah cuba terjun dari sebuah masjid di
Cardoba dengan menggunakan jubah yang dipasang dengan kayu yang
menyerupai kepak burung tetapi gagal sebelum 852 Masihi. Abbas tidak
berputus asa, pada umur 70 tahun, beliau mencipta mesin daripada bulu burung helang dan berjaya terbang selama 10 minit.
5. SYAMPU >> Orang Arab menggunakan campuran minyak sayuran bernama natrium hidroksida dan
wangian untuk mencipta sabun. Syampu rambut diperkenalkan oleh pemilik Mahomed Indian Vapour Baths pada 1759. Beliau turut menawarkan khidmat mencuci rambut kepada Raja George IV dan Willian IV.
6. TEKNIK PENYULINGAN >> Teknik penyulingan berdasrkan tahap didih cecair dicipta sekitar tahun
800 sebelum Masihi oleh Jabir Ibn Hayyan. Beliau melakukan
penyelidikan dalam bidang kimia. Jabir menemui beberapa jenis asid
yang diubah untuk menghasilkan pelbagai jenis wangian. Beliau
merupakan bapa kepada pengasa ilmu kimia moden yang sangat
menekankan eksperimen secara sistematik.
7. ACI ENGKOL >> Digunakan pada logam berputar yang menyambungkan engkol dengan rod
penyambung bagi menukar gerakan turun naik kepada gerakan berpusing. Ciptaan ini
menjadi penemuan mekanikal terpenting dalam sejarah manusia. Dicipta oleh jurutera
Islam, al-Jazari dan dikenali sebagai "bapa robot" kerana menghasilkan jam
mekanikal pertama yang berfungi menggunakan air.
8. BAJU PERISAI >> Sejarah rekaan pakaian 2 lapisan kain dan bahan penebat yang dijahit bersama masih
tidak jelas. Ini kerana tidak diketahui sama ada dicipta oleh orang Islam atau
diimport dari India dan China. Bagaimanapun, ia tiba di negara Barat malalui tentera
semasa Perang Salib. Baju perisai digunakan sebagai pelindung daripada serangan
musuh pada era tersebut.
9. SENI BINA BERLENGKUNG >> Rekaan lengkung di kebanyakan gereja besar di Eropah dipinjam
daripada ilmu seni bina Islam. Ia menjadikan bangunan kelihatan
lebih tinggi dan besar. Orang Barat dan beberapa istana di Eropah
meniru seni bina dalaman dan teknik reka bentuk luar bangunan yang
dicipta oleh arkitek Islam.
10. ALATAN PEMBEDAHAN >> Kebanyakan rekaan alatan pembedahan moden adalah sama seperti
yang digunakan oleh pakar bedah al-Zahrawi pada abad 10. Pada
abad 13, Ibn Nafis mengkaji peredaran darah dalam tubuh badan
manusia, iaitu kira-kira 300 tahun sebelum ahli fizik British, William
Harvey mengkaji.
Stay with Miss A...
And Miss A will give you more